Manusia sebagai perancang
Sehingga hari ni, selamat dah aku 6 bulan melayari bahtera (cewah! ๐) dengan suami tercinta. Suami aku manusia paling penyabar layan perangai aku selain mak dengan abah aku. ๐ I love you husband to the moon and back. Over ke? Lantakkan saja.
Aku ni jenis manusia yang organize dan suka merancang. Dulu, sebelum kahwin memang dah siap-siap ada planning nak ada anak sekurang-kurangnya lepas 6 bulan atau setahun berkahwin. Tapi tulah lepas kahwin manalah aku tahu perasaan nak ada anak tu membuak-buak datang. Aku punya tahap nak anak tu sampai hari-hari google pengalaman-pengalaman orang mengandung. Kelakarkan? Perasaan semulajadi barangkali untuk seorang perempuan yang dah berkahwin. Serasa aku lah kot.
6 bulan lepas sampai sekarang masih belum ditakdirkan Allah untuk ada anak. Kadang aku rasa menyesal sebab merancang sebab akhirnya ia seolah menjadi dugaan buat aku. But it’s okay. Selagi ada daya aku usahakan semampunya. Aku percaya dengan kun faya kun Allah.
Hari ni aku belajar, kerana sesungguhnya aku manusia dan Dia pencipta, kerana sesungguhnya aku merancang dan Dia penentu segalanya, kerana sesungguhnya tiada daya upaya dalam diri aku selain mengharap kepada-Nya.
In shaa Allah…
Comments
Post a Comment